Ahad, 21 Mac 2010

keluhan di pagi isnin.....

hari ini 22nd March, 2010..

hari pertama bekerja setelah bercuti selama 2 hari... betapa xbersemangatnyer aku hari nie... Semalam adalah hari yang betul-betul memenatkan bagi aku.. melayan kerenah anak-anak yang ntah apa-apa manja n naughty...memanglah diorang nak bermanja ngan aku...masalahnyer aku xdak pembantu rumah.. kain baju yang berlambak tu kena basuh n lipat............ memasak...mengemas..... aku letih...suami pulak...dah balik keje terus keluar g kenduri ngan member2 dia...segala-galanya aku yang sedia...kalau aku surirumah sepenuh masa aku xkisah..masalahnyer akupon keje gak...hari-hari keje balik rumah amik anak...kemas rumah, layan anak-anak, layan suami....huh penat!!!!

dah lama aku xmanjakan diri aku..muka dah kusam..badan dah sakit-sakit...rasa cam dah xbermayalah.....

Khamis, 11 Mac 2010

aksi wafi n wafa










hari malas sedunia...

salam semua,,,

hari nie malas sgt nak bekerja.. lepas lunch terus jadi malas nak sambung keja..Almaklumlah tadi pagi dah bekerja keras....

Semalam pegi pasar malam dekat umah.. kesian tengok peniaga-peniaga sekarang.. dah xramai pelanggan...waktu dah malam tapi barang jualan masih banyak..

Rabu, 3 Februari 2010

--!!!!####????




salam n hai to all u reader...

legaaaa.... semua keje yang urgent dah beres... harini menjadi pendengar yang setia untuk kengkawan yang macam2 masalah... huhhh.. lagi banyak tahun kawin lagi banyakle plak masalah ye!!! takut untuk menghadapi tahun2 seterusnyer perkahwinan...

YaAllah yang maha Penyayang, Kau limpahkanlah kebahagiaan dan kasih sayang yang melimpah ruah dalam perkahwinanku. AMINNNNN. hhmmmm..

Isnin, 1 Februari 2010

salam n hai to all,

boring giler arini.. nak-nak plak terlihat n terbaca sesuatu yang mengingatkan aku pada sesuatu yang menusuk kalbu.. sambil mendengar lagu yang mmg menjadi pisau di kalbu.."TIADA LAGI"

Khamis, 28 Januari 2010

Muhammad Dazril Wafi Bin Jaafar


dazril wafi masa ni dah 3 mths dibandingkan dengan anak kezen yang masih dlm pantang...bezakan



masa ni baru berusia 2 hari...

daniah wafa binti jaafar


dalam bas trip to langkawi...

dalam rumah

bertudung..ala tomeeyyyy

hhhmmmm... teddy bear turun-temurun

haaa..masa nie umur 1 year++

Rabu, 27 Januari 2010

my hubby...




it's me...

ni masa kitorang pergi company trip to Langkawi..
masa nie baru balik keje n amik anak di umah mak..(berminyak muka)
boring dlm bilik..
dalam ofis...

LATAR BELAKANG

salam n hai to all,

aku seorang yang bekerja dan berkeluarga. Aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat penyabar, memahami dan penyayang. Nama suamiku JAAFAR BIN OTHMAN. Dia adalah bekas rakan sekolah kakakku. Sudah masuk tahun keempat kami melayari alam rumahtangga. Kami telah dikurniakan sepasang cahaya mata.
Si kakak bernama Daniah Wafa Binti Jaafar. Dia seorang yang ceria (sebijik ayah n ummi), bijak dan manja. Walaupun baru berumur 3 thn 5 bln, sikapnya sangat matang dan amat memahami ummi n ayahnyer..
Si adik bernama Muhammad Dazril Wafi Bin Jaafar. Baru berusia 4 bln 3 hari. Dazril dah pandai menyembur air liur n dah boleh meniarap. Pantang letak atas tilam, mesti nak meniarap.
Alhamdulillah, Allah telah kurniakan kebahagiaan yang xterhingga kepada diriku.

Semoga perkahwinan dan keluargaku dilinduni dan dirahmati olehNYA yang maha ESA...AMINNNN.

KELUARGAKU SYURGAKU

Salam semua,,,...

untuk semua yang membaca, ini adalah hasil idea saya yang xseberapa. Maklumlah saya ni bukanlah seorang pengarang yang bagus..